Sedar x sedar kita dah pon masok malam ke-11 Ramadhan.. Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kita untuk terus berada di bulan yang mulia ini.. Ade satu kisah sebenarnya malam ni..
Aku pegi berterawih tadi di masjid.. Sebelum terawih, ustaz tu ada bagi tazkirah sikit.. Mengikut pemahaman aku, maksud tazkirah nya begini.. Allah menjanjikan maghfirah (keampunan) di 10 malam pertengahan Ramadhan.. Maka marilah kita bersama2 mencari keampunan tersebot.. Kerana tiada manusia di muka bumi Allah ini berhak mendabik dada mengaku yang dia tidak pernah melakukan dosa.. Setiap insan pasti melakukan dosa.. Dari celiknya mata kita hingga pejam kembali, telah banyak dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita..
Oleh itu, marilah kita bersama2 memohon keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang telah kita lakukan kepada-Nya.. Di samping itu, kita juga hendaklah memperbanyakkan amal ibadat kita.. Terutama sekali solat sunat dan bertadarus Al-Quran.. Ustaz tu kata pahala orang yang mendengar bacaan Al-Quran sama dengan pahala orang yang membaca ayat2 suci Al-Quran.. Dia kata lagi, Allah akan mengurniakan pahala 100 kali ganda setiap huruf bagi sesiapa yang membaca ayat2 suci semasa berdiri (bersolat).. Membaca waktu solat tetapi dalam keadaan duduk (uzur), pahalanya 50 setiap huruf.. Membaca biasa dalam keadaan berwudhu' pahalanya 25 setiap huruf dan membaca ketika tiada wudhu' pahalanya 10 setiap huruf..
Ganjaran ini hanya ada di bulan Ramadhan.. Bayangkan betapa banyaknya pahala jika kita berterawih.. Dengan mendengar sahaja bacaan Al-Quran, kita telah memperoleh pahala.. Kalau kita biase buat 8 rakaat, berapa banyak pahala kita boleh dapat bila imam bace ayat2 Al-Quran? Bayangkan lagi kalau kita rajin buat 20 rakaat pulak dekat masjid.. Haa.. Berapa banyak huruf yang pak imam tu baca dalam setiap rakaat? Al- fatihah je da banyak huruf.. Xcampur lagi dengan ayat2 selepas Al-fatihah.. Betapa pemurahnya Allah s.w.t.. Wallahualam.. Renung2kan dan selamat beramal!!
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sifat allah memg sgt pemurah.tenkiu allah:)
ReplyDelete