Hari ini genaplah 52 tahun Malaysia merdeka.. Apekah perasaan anda? Bahagia? Seronok? Aman? Selesa? Ataupun ade yang rase rimas? X bebas? Kurang maju? Itu perasaan masing-masing.. Bagi aku sendiri, aku rase aku sangat2 bersyukur sebab aku dilahirkan dalam zaman yang da senang.. Maksud aku da senang tu kita xperlu lagi berperang untuk dapatkan keamanan.. Kita da aman da sekarang.. Cuma ade sikit2 krisis dalaman tu biasalah kan.. Haha..
Malaysia adalah satu negara yang baru sahaja merdeka.. Masih lagi mengejar kemajuan, Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara yang harmoni, berbilang kaum, dan mempunyai masyarakat majmuk yang bersatu-padu.. Oleh itu, kita sebagai generasi yang baru hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada generasi veteran yang telah berjuang untuk kemerdekaan ini.. Menyingkap kembali sejarah 31 Ogos 1957, tarikh tersebut dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi..
Beliau pada pendapat Tunku Abdul Rahman mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu.. Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini.. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962..
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka..
Hurm.. Bagaimanakah kita meraikan 31 Ogos 2009? Adakah dengan mengikuti konsert2 yang dijalankan? Atau adakah dengan mengadakan tahlil sendiri di rumah? Setahu aku, mmg xde konsert malam tadi tapi xtahu la kalau ade yang aku terlepas.. Aku sendiri xde raikan ape2.. Yang aku tahu, aku bangun malam tadi untuk sahur.. Haha.. Xteringat plak dah 31 Ogos.. Tapi xpe.. Semangat itu tetap bersemadi dalam hatiku ini.. Cewah.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment