Tuesday, August 25, 2009

Adding ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command


Ini lah kali pertama aku menulis tentang tips2 untuk pc anda.. haha.. tips ini pon dipelajari dari blog Kill-Vearn .. hehe.. thanx KV..

ok.. tips ini bertujuan untuk memudahkan pemindahan atau penyalinan fail2 anda di dlm komputer anda.. Kalau anda dapat lihat di sebelah kanan ini, fungsi "Copy To Folder" dan "Move To Folder" akan ditambah dalam fungsi arahan windows setelah mengikut tips2 berikut..






1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…








3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}





4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…





5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut: {C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}




Itulah sahaja jurus2nya… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…

No comments:

Post a Comment