Monday, August 31, 2009

Tanggal 31 Ogos



Hari ini genaplah 52 tahun Malaysia merdeka.. Apekah perasaan anda? Bahagia? Seronok? Aman? Selesa? Ataupun ade yang rase rimas? X bebas? Kurang maju? Itu perasaan masing-masing.. Bagi aku sendiri, aku rase aku sangat2 bersyukur sebab aku dilahirkan dalam zaman yang da senang.. Maksud aku da senang tu kita xperlu lagi berperang untuk dapatkan keamanan.. Kita da aman da sekarang.. Cuma ade sikit2 krisis dalaman tu biasalah kan.. Haha..



Malaysia adalah satu negara yang baru sahaja merdeka.. Masih lagi mengejar kemajuan, Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah negara yang harmoni, berbilang kaum, dan mempunyai masyarakat majmuk yang bersatu-padu.. Oleh itu, kita sebagai generasi yang baru hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada generasi veteran yang telah berjuang untuk kemerdekaan ini.. Menyingkap kembali sejarah 31 Ogos 1957, tarikh tersebut dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi..

Beliau pada pendapat Tunku Abdul Rahman mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu.. Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini.. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962..

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka..



Hurm.. Bagaimanakah kita meraikan 31 Ogos 2009? Adakah dengan mengikuti konsert2 yang dijalankan? Atau adakah dengan mengadakan tahlil sendiri di rumah? Setahu aku, mmg xde konsert malam tadi tapi xtahu la kalau ade yang aku terlepas.. Aku sendiri xde raikan ape2.. Yang aku tahu, aku bangun malam tadi untuk sahur.. Haha.. Xteringat plak dah 31 Ogos.. Tapi xpe.. Semangat itu tetap bersemadi dalam hatiku ini.. Cewah.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 26, 2009

DuapuluhEnam Ogos DuaribuSembilan

Sebulan dari tarikh ini aku bakal berlepas ke Mansourah, Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Mansoura.. Terasa semacam cepat mase tu jalan.. Tau2 da lagi sebulan je nk pegi..







Banyak bnd yang akan aku rindu bila aku da pergi sana nanti.. Antaranya mestilah Malaysia, rumah aku, bilik aku (walaupun aku xslalu lepak kt bilik aku), keluarga aku, mama dan abah, adik beradik.. Banyak lagi kalau nk state sume dkat sini rasenya xmuat kot.. Tapi xpe.. Aku pergi pun untuk masa depan aku.. Mengejar cita2 untuk menjadi doktor.. Aku pon xtahu berapa lame aku akan tinggalkan blog aku ni lepas aku dah mula belajar nanti..


Sekarang aku dah mula rase berdebar2.. Macam mane aku hidup dekat sane nnt? Selesa ke x aku dekat sane? Bole tak aku belajar dekat sane? Senang ke aku nk urus diri aku dekat sane? Boleh ke aku elak masalah2 dengan pak2 arab yang besar2 tu? Cemerlang x aku dekat sane nnt?

Aku pun xde jawapan untuk semua tu.. Sebab aku pun blom pegi sane lagi.. haha..

Ape2 pun doakan aku berjaya untuk mengejar cita2 aku ok..


Pintu perlepasan.. Tunggu kedatangan aku melepasi kau.. hahaha..


Tuesday, August 25, 2009

Tengok Bola Online?? Bukan Masalah..


Pernah kah anda merasakan perasaan geram apabila anda tidak dapat menonton bola sepak (EPL) secara langsung di astro? Dapatkan penyelesaiannya di bawah (knape aku skema je ni?)




Sopcast






Software ini terbukti berkesan kerana aku pon telah mencubanya sendiri.. setakat yang aku cube, ade 2 channel utama yang aku bole tgk..

1) ESPN

2) AXN Movie

Disamping tu ade jugak channel2 mcm Discovery Channel dan National Geographic.. Tapi aku ni xbrape minat sgt channel2 mcm tu.. haha..

Langkah2 untuk menggunakan software ni :

1) Download software tu di sini

2) Extract file yang telah anda download.

3) Install software tersebut.

4) Selesai install, open program tersebut dan tekan login as anonymous.

5) Nikmatilah saluran2 yang ade di situ.


Yang best pasal bnd ni, it is 100% free.. So menyesal kan kalau xcube..

Ape lagi.. Selamat Mencuba :D

Adding ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command


Ini lah kali pertama aku menulis tentang tips2 untuk pc anda.. haha.. tips ini pon dipelajari dari blog Kill-Vearn .. hehe.. thanx KV..

ok.. tips ini bertujuan untuk memudahkan pemindahan atau penyalinan fail2 anda di dlm komputer anda.. Kalau anda dapat lihat di sebelah kanan ini, fungsi "Copy To Folder" dan "Move To Folder" akan ditambah dalam fungsi arahan windows setelah mengikut tips2 berikut..






1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…








3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}





4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…





5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut: {C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}




Itulah sahaja jurus2nya… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…

yeah!! setelah sekian lama..


Setelah sekian lame aku menyepi dari menulis blog, aku kembali kerana terlalu bosan dgn kehidupan seharian dgn aktiviti2 yg sama saja.. First of all, aku nk ucapkan selamat menyambut Ramadhan (belum terlambat rasenye) ..

Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah dimana Allah telah menjanjikan banyak kehebatan di dalam nya.. Diriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Di dalam bulan ini juga terbuka pintu2 Jannah dan ditutup pintu2 neraka.. Syaitan juga diikat dan dibelenggu.. Dan di dalam bulan Ramadhan ini jugalah terkandungnya 1 malam yang mana apabila kita beribadat pada malam tersebut keutamaannya melebihi ibadat 1000 bulan.. Malam tersebut adalah Malam Qadar (Lailatul Qadar).. Jadi marilah kita bersama2 merebut peluang yang diberi oleh Allah ini dlm mencari rahmat, taufik, hidayat, dan keampunan-Nya.. Renung2kan dan selamat beramal..

Pelik lah.. Syaitan sume dah diikat tapi perangai manusia xberubah2 jugak.. sama je mase syaitan ade dgn syaitan xde.. hehe..