Setelah sekian lame aku menyepi dari menulis blog, aku kembali kerana terlalu bosan dgn kehidupan seharian dgn aktiviti2 yg sama saja.. First of all, aku nk ucapkan selamat menyambut Ramadhan (belum terlambat rasenye) ..
Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah dimana Allah telah menjanjikan banyak kehebatan di dalam nya.. Diriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Di dalam bulan ini juga terbuka pintu2 Jannah dan ditutup pintu2 neraka.. Syaitan juga diikat dan dibelenggu.. Dan di dalam bulan Ramadhan ini jugalah terkandungnya 1 malam yang mana apabila kita beribadat pada malam tersebut keutamaannya melebihi ibadat 1000 bulan.. Malam tersebut adalah Malam Qadar (Lailatul Qadar).. Jadi marilah kita bersama2 merebut peluang yang diberi oleh Allah ini dlm mencari rahmat, taufik, hidayat, dan keampunan-Nya.. Renung2kan dan selamat beramal..
Pelik lah.. Syaitan sume dah diikat tapi perangai manusia xberubah2 jugak.. sama je mase syaitan ade dgn syaitan xde.. hehe..